1) Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek dan biskut perlu segar. Sebaiknya beli telur daripada penjual di pasar kerana ia tidak disimpan lama berbanding telur di kedai-kedai runcit.
2) Mentega - Apabila membuat kek, sebaiknya jangan gunakan mentega yang masih keras. Ini kerana mentega yang masih keras perlu dikacau berlebihan hingga jika anda tidak berhati-hati, ia akan jadi berminyak. Sebaliknya, biarkan mentega lembut sedikit dalam suhu bilik, baru dicampurkan dengan telur dan gula. Kacau ketiga-tiga bahan ini setakat rata saja.
3) Bakar Kek - Sebelum membakar kek, panaskan ketuhar lebih dahulu pada suhu yang disebutkan dalam resipi. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar lebih dahulu menyebabkan kek rosak.
4) Menyimpan Kek dan Biskut - Kek hendaklah betul-betul sejuk sebelum disimpan. Sebaiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya enam bahagian dan balut setiap bahagian dengan kertas timah. Simpan kek dalam ruangan beku peti sejuk. Keluarkan satu bahagian kek dan nyahbekukan supaya apabila tetamu datang, mereka tidak dihidangkan dengan kek yang sejuk dan beku.
***khir sekali, diingatkan agar anda fahami dahulu segala ramuan dan cara-cara membuat suatu jenis kek dalam sesebuah resipi sebelum mencubanya. Jika tidak, anda akan kecewa.
SELAMAT MENCUBA....
No comments:
Post a Comment