Thursday 30 August 2012

Menyiapkan Tempahan Pelanggan





Sambal kacang & serunding kelapa antara menu istimewa di tam..kepada para pelanggan yg berminat untuk membuat tempahan bole la m'hubungi kami segera di talian 019-301 6131.. Rasa & kualiti pasti memuaskn di samping harga yg b'patutan..


Sent 
from Samsung Galaxy Note

Kek Yang Siap di Pack...


Sebahagian antara kek tam yang telah siap di packing, now hanya tunggu delivered kpd customer je. Semoga pelanggan2 tam b'puas hati dg produk kami.


Sent from Samsung Galaxy Note

TIP AGAR KEK ANDA CANTIK & GEBU

Sebenarnya, membuat kek juga perlukan sedikit pengetahuan asas.

Hari ini, bukan kaedah memasak saja yang penting, malah bagaimana memilih ramuan kek yang baru dalam pasaran. Oleh itu, kalau dulu orang membuat kuih baulu cukup setakat menggunakan tepung, gula dan telur, hari ini terdapat kuih baulu bercampur butiran coklat (chocolate rice), kuih baulu berperisa pandan dan sebagainya. Begitu juga dengan kek lapis. Dulu cuma ada kek berwarna-warni yang dilapis jem buah-buahan atau dengan nanas saja. Hari ini, terdapat kek lapis berbagai corak dan rasa. Hari ini THB aka membincangkan tentang beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa membuat kek, agar pengalaman pahit anda membuat kek bantut tidak berulang.
Berikut panduannya:

TELUR:

1. Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaiknya beli telur daripada penjual di pasar kerana ia tidak disimpan lama berbanding telur di kedai-kedai runcit. Ini kerana lebih ramai orang membeli telur di pasar dibandingkan dengan kedai-kedai. Begitu juga dengan pasar raya. Pasar raya yang sering ramai pelanggan, telurnya sering habis dijual dalam masa satu dua hari.Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur jenis double A atau yang beratnya sekitar 60 gram sebiji. 
2. Semasa mengadun kek yang tidak menggunakan bahan ovalette untuk membuat kek, telur dan gula hendaklah dipukul hingga benar-benar gebu sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk dan terbalikkan. Jika telurnya tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu. Ujian serupa boleh digunakan jika anda dikehendaki memukul putih telur hingga cukup gebu.



Mentega:


1. Apabila membuat kek, sebaiknya jangan gunakan mentega yang masih keras. Ini kerana mentega yang masih keras perlu dikacau berlebihan hingga jika anda tidak berhati-hati, ia akan jadi berminyak.Sebaliknya, biarkan mentega lembut sedikit dalam suhu bilik, baru dicampurkan dengan telur dan gula. Kacau ketiga-tiga bahan ini setakat rata saja. Adunan mentega untuk kek, jika dikacau berlebihan hingga menjadi minyak, boleh menyebabkan kek bantut.
2. Sebaiknya selepas dibubuh tepung ke dalam adunan telur, jangan diadun terlalu lama hingga semua udara di dalamnya hilang dan kek menjadi bantut. Cukup sekadar lima hingga tujuh minit.




Bakar Kek


1. Sebelum membakar kek, panaskan ketuhar lebih dahulu pada suhu yang disebutkan dalam resipi. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar lebih dahulu menyebabkan kek rosak. Apabila membakar hanya satu tin atau satu biji kek, letakkan tin berisi adunan kek di tengah-tengah ketuhar. Jika ketuhar boleh memuatkan hingga adua tin kek, tukarkan kedudukan tin kek iaitu yang kanan dialihkan ke kiri dan sebaliknya kira-kira satu jam selepas dibakar. Ini akan membuat kek masak merata.
2. Jangan sekali-kali sapukan keliling tin kek dengan mentega sebelum dibubuhkan adunan kek. Cukup hanya sapukan mentega pada dasar tin, kemudian alaskan dengan kertas pembakar kek dan sapukan lagi mentega di atas kertas. Menyapukan mentega di sekeliling tin kek akan menyebabkan kek mengecut. Jika anda membuat kek lapis, apabila kek mengecut, ia akan mengganggu susunan lapisan-lapisan di bahagian tepi kek.

3. Usah segera keluarkan kek yang masak daripada tin. Biar ia sejuk antara lima dengan 10 minit atau hingga ia mantap.



Menyimpan Kek


1. Kek hendaklah betul-betul sejuk sebelum disimpan. Sebaiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya enam bahagian dan balut setiap bahagian dengan kertas timah. Simpan kek dalam ruangan beku peti sejuk. Keluarkan satu bahagian kek dan nyahbekukan supaya apabila tetamu datang, mereka tidak dihidangkan dengan kek yang sejuk dan beku.
2. Kek yang sudah dipotong berkeping-keping boleh juga dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro tetapi sekadar untuk beberapa saat saja. Memanaskan kek dalam ketuhar gelombang mikro dalam waktu yang lama akan menyebabkan kek menjadi keras.



P/S Akhir sekali, THB ingin mengingatkan agar anda fahami dahulu segala ramuan dan cara-cara membuat suatu jenis kek dalam sesebuah resipi sebelum mencubanya. Jika tidak, anda akan kecewa. Selamat mencuba..



Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday 28 August 2012

Yummy


Marble cup cake.... yummy..... Jika anda ingin menempah marble cup cake yg tentunya lain dr yg lain boleh la menghubungi kami di teetam1959@gmail.com / 019-301 6131.