Wednesday 24 October 2012

Tuesday 16 October 2012

Wednesday 12 September 2012

Ready for delivery




Kueh abok-abok ready for delivery..



Sent from Samsung Galaxy Note

Kueh bakar labu in progress


Kueh Bakar Labu  
Tempahan untuk Jamuan Hari Raya Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur..




Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday 11 September 2012

Special menu of the day


  • Lontong yg d bungkus dgn daun pisang amat menyelerakan & menambah hati pelanggan yg menjamunya
  • Aroma daun pisang yg m'bangkitkn selera pasti m'buat sesiapa shj tdk sabar2 utk m'jamahnya..

Sent from Samsung Galaxy Note

Saturday 8 September 2012

Kueh Bakar Packaging



  • Packaging untuk tempahan kueh bakar..
  • Minimum order 5pc utk yg kecil / 1 loyang



Sent from Samsung Galaxy Note

Friday 7 September 2012

Jelly kelapa pandan














































Tempahan 500pcs jelly kelapa pandan..

Sent from Samsung Galaxy Note

Wow weeee


Kek marble yg br kuar dr oven & still panas lg tp disebabkn  tuan nye x sabo nk potong nk tgk belang si cake marble t'paksa la sy potong..amacam m'gancamkn warnanye..rs cam syg je nk mkn...hahaha...



Sent from Samsung Galaxy Note

Belang kek marble


Rupa belang kek marble yang telah dipotong amat mengujakan..seperti batik sedap di mkn panas2..terdapat pelbagai pilihan warna seperti merah, hijau, kuning, coklat, purple, pink, oren dan banyak lg mengikut citarasa masing2..

Sejarah kek marble / kek marmar


Kek Marble/ Kek Marmar adalah kek dengan rupa berjalur atau bertompok yang dihasilkan dengan campuran ringan tak sekata adunan mentega beraneka warna mengikut citarasa masing-masing. 


Rujukan pertama kita dapati "kek marmar" (kek terang dan gelap yang dicampur untuk membentuk corak marmar) adalah dari suku terakhir abad ke-19. Terdapat beberapa variasi pada tema ini. Kek Baligh (dalam pola berbentuk papan dam) telah membawa kek ini ke tahap yang seterusnya.
"Bukti buku masakan mencadangkan bahawa wanita di Amerika Victoria menghidangkan kek yang pada asasnya sama seperti yang dilakukan oleh ibu-ibu dan nenek mereka. Sebagai kudapan, wanita umumnya membakar kek dalam kuali bersegi atau" kertas "dan menghidang dalam pinggan dengan dipotong pada pinggan kek atau dalam bakul perak yang mewah bagi kek era baru ini.
Kek marmar merupakan lanjutan dari tarikan rakyat Amerika pada kek berwarna. Apabila kek marmar pertama kali muncul, pusaran gelap dihasilkan melalui penambahan molases, rempah, dan, dalam beberapa resepi, kismis sebagai tambahan kepada resipi asal ringkas telah disediakan dengan menggunakan adunan seluruh telur satu, separuh daripadanya digelapkan, tetapi resipi yang bercita-cita tinggi menghasilkan kesan yang lebih dramatik dengan menggunakan adunan perak yang berasingan dan adunan keemasan, kedua digelapkan. Kek dwiwarna kemudian turut muncul. Kek wang tunai telah dihasilkan melalui campuran adunan warna perak dan emas." 
Kini pada era moden kek marble/ kek marmar boleh didapati dalam beraneka warna dan rupa tetapi masih mengekalkn rasa yang sama..


Thursday 6 September 2012

Pengasas Tam's Home Bakery






Sent from Samsung Galaxy Note

Tempahan kueh bakar labu


Kueh bakar labu tempahan pelanggan. Di tam's anda boleh menempah mengikut size @ bentuk yg anda inginkan. Ini adalah contoh kueh bakar labu bentuk bunga. Kepada sesiapa yg ingin merasa kelazatan kueh bakar labu yg t'bukti mmg sedap boleh la m'gisi borg pesanan @ hubungi tam di 019-301 6131..


Sent from Samsung Galaxy Note

B4 masuk dlm oven


Begini la rupanye adunan kek marble yg telah siap di masukkan ke dalam loyang. sementara menunggu oven panas. Warna belang2 kek arini ialah coklat, hijau, kuning dan merah. kek akan di bakar di dalam oven selama 1 jam.



Sent from Samsung Galaxy Note

Thursday 30 August 2012

Menyiapkan Tempahan Pelanggan





Sambal kacang & serunding kelapa antara menu istimewa di tam..kepada para pelanggan yg berminat untuk membuat tempahan bole la m'hubungi kami segera di talian 019-301 6131.. Rasa & kualiti pasti memuaskn di samping harga yg b'patutan..


Sent 
from Samsung Galaxy Note

Kek Yang Siap di Pack...


Sebahagian antara kek tam yang telah siap di packing, now hanya tunggu delivered kpd customer je. Semoga pelanggan2 tam b'puas hati dg produk kami.


Sent from Samsung Galaxy Note

TIP AGAR KEK ANDA CANTIK & GEBU

Sebenarnya, membuat kek juga perlukan sedikit pengetahuan asas.

Hari ini, bukan kaedah memasak saja yang penting, malah bagaimana memilih ramuan kek yang baru dalam pasaran. Oleh itu, kalau dulu orang membuat kuih baulu cukup setakat menggunakan tepung, gula dan telur, hari ini terdapat kuih baulu bercampur butiran coklat (chocolate rice), kuih baulu berperisa pandan dan sebagainya. Begitu juga dengan kek lapis. Dulu cuma ada kek berwarna-warni yang dilapis jem buah-buahan atau dengan nanas saja. Hari ini, terdapat kek lapis berbagai corak dan rasa. Hari ini THB aka membincangkan tentang beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa membuat kek, agar pengalaman pahit anda membuat kek bantut tidak berulang.
Berikut panduannya:

TELUR:

1. Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaiknya beli telur daripada penjual di pasar kerana ia tidak disimpan lama berbanding telur di kedai-kedai runcit. Ini kerana lebih ramai orang membeli telur di pasar dibandingkan dengan kedai-kedai. Begitu juga dengan pasar raya. Pasar raya yang sering ramai pelanggan, telurnya sering habis dijual dalam masa satu dua hari.Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur jenis double A atau yang beratnya sekitar 60 gram sebiji. 
2. Semasa mengadun kek yang tidak menggunakan bahan ovalette untuk membuat kek, telur dan gula hendaklah dipukul hingga benar-benar gebu sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk dan terbalikkan. Jika telurnya tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu. Ujian serupa boleh digunakan jika anda dikehendaki memukul putih telur hingga cukup gebu.



Mentega:


1. Apabila membuat kek, sebaiknya jangan gunakan mentega yang masih keras. Ini kerana mentega yang masih keras perlu dikacau berlebihan hingga jika anda tidak berhati-hati, ia akan jadi berminyak.Sebaliknya, biarkan mentega lembut sedikit dalam suhu bilik, baru dicampurkan dengan telur dan gula. Kacau ketiga-tiga bahan ini setakat rata saja. Adunan mentega untuk kek, jika dikacau berlebihan hingga menjadi minyak, boleh menyebabkan kek bantut.
2. Sebaiknya selepas dibubuh tepung ke dalam adunan telur, jangan diadun terlalu lama hingga semua udara di dalamnya hilang dan kek menjadi bantut. Cukup sekadar lima hingga tujuh minit.




Bakar Kek


1. Sebelum membakar kek, panaskan ketuhar lebih dahulu pada suhu yang disebutkan dalam resipi. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar lebih dahulu menyebabkan kek rosak. Apabila membakar hanya satu tin atau satu biji kek, letakkan tin berisi adunan kek di tengah-tengah ketuhar. Jika ketuhar boleh memuatkan hingga adua tin kek, tukarkan kedudukan tin kek iaitu yang kanan dialihkan ke kiri dan sebaliknya kira-kira satu jam selepas dibakar. Ini akan membuat kek masak merata.
2. Jangan sekali-kali sapukan keliling tin kek dengan mentega sebelum dibubuhkan adunan kek. Cukup hanya sapukan mentega pada dasar tin, kemudian alaskan dengan kertas pembakar kek dan sapukan lagi mentega di atas kertas. Menyapukan mentega di sekeliling tin kek akan menyebabkan kek mengecut. Jika anda membuat kek lapis, apabila kek mengecut, ia akan mengganggu susunan lapisan-lapisan di bahagian tepi kek.

3. Usah segera keluarkan kek yang masak daripada tin. Biar ia sejuk antara lima dengan 10 minit atau hingga ia mantap.



Menyimpan Kek


1. Kek hendaklah betul-betul sejuk sebelum disimpan. Sebaiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya enam bahagian dan balut setiap bahagian dengan kertas timah. Simpan kek dalam ruangan beku peti sejuk. Keluarkan satu bahagian kek dan nyahbekukan supaya apabila tetamu datang, mereka tidak dihidangkan dengan kek yang sejuk dan beku.
2. Kek yang sudah dipotong berkeping-keping boleh juga dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro tetapi sekadar untuk beberapa saat saja. Memanaskan kek dalam ketuhar gelombang mikro dalam waktu yang lama akan menyebabkan kek menjadi keras.



P/S Akhir sekali, THB ingin mengingatkan agar anda fahami dahulu segala ramuan dan cara-cara membuat suatu jenis kek dalam sesebuah resipi sebelum mencubanya. Jika tidak, anda akan kecewa. Selamat mencuba..



Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday 28 August 2012

Yummy


Marble cup cake.... yummy..... Jika anda ingin menempah marble cup cake yg tentunya lain dr yg lain boleh la menghubungi kami di teetam1959@gmail.com / 019-301 6131.

Friday 29 June 2012

Perhatian semasa membuat kek

>> Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa membuat kek, agar pengalaman pahit anda membuat kek bantut tidak berulang.

1) Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek dan biskut perlu segar. Sebaiknya beli telur daripada penjual di pasar kerana ia tidak disimpan lama berbanding telur di kedai-kedai runcit.

2) Mentega - Apabila membuat kek, sebaiknya jangan gunakan mentega yang masih keras. Ini kerana mentega yang masih keras perlu dikacau berlebihan hingga jika anda tidak berhati-hati, ia akan jadi berminyak. Sebaliknya, biarkan mentega lembut sedikit dalam suhu bilik, baru dicampurkan dengan telur dan gula. Kacau ketiga-tiga bahan ini setakat rata saja.

3) Bakar Kek - Sebelum membakar kek, panaskan ketuhar lebih dahulu pada suhu yang disebutkan dalam resipi. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar lebih dahulu menyebabkan kek rosak.

4) Menyimpan Kek dan Biskut - Kek hendaklah betul-betul sejuk sebelum disimpan. Sebaiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya enam bahagian dan balut setiap bahagian dengan kertas timah. Simpan kek dalam ruangan beku peti sejuk. Keluarkan satu bahagian kek dan nyahbekukan supaya apabila tetamu datang, mereka tidak dihidangkan dengan kek yang sejuk dan beku.

***khir sekali, diingatkan agar anda fahami dahulu segala ramuan dan cara-cara membuat suatu jenis kek dalam sesebuah resipi sebelum mencubanya. Jika tidak, anda akan kecewa.

SELAMAT MENCUBA....

Thursday 28 June 2012

Dari Dapur Tam



Tips membuat Kek

1) Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.

2) Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan. 


3) Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.


4) Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.


5) Bila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.


6) Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.


***Cara untuk mengenal kek yang telah dihasilkan dengan sempurna adalah bukan sahaja dengan paras rupa kek tersebut yang menawan tetapi juga hendaklah anda rasa kek tersebut. Jika rupa menawan dan rasa pun sedap, itulah kek yang telah dihasilkan dengan sempurna.

Tuesday 24 April 2012

Pembuka Kata

Di Tam Home Bakery kami menyediakan beraneka jenis kek & kueh mueh yang pasti lazat dan memuaskn hati pelanggan disamping harga yang berpatutan..